Monday, July 5, 2010

syukur......


Kita selalu melihat org drive kereta mewah dan terdetiklah di hati kita," bahagianya org itu..dapat pakai kreta besar".. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah.."ish pe jadahnye kreta ni..mahal saje.perform low"..2 la ayt yg salu kte dgr ble kete mewah kte rosak ke de smthig xkna.. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan..Abaikan npe durian jd subjek utama..ahakz.. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.al maklumla peniaga nk amik kesempatan.."org ni org kaya kot.kete besar,pow la ckit".mungkin 2 la kata peniaga 2..hehehe..opss membijak saje ok..

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.."kalau ak pakai kereta skg msti ak xpyah nk kena pnas2 sbb traffic jammed ni" ..ouhh sgguh tidak bersyukur manusia ni..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dgn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga.. semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidupku.... Amin..:-)

No comments:

Post a Comment